Thursday, November 11, 2010

CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN


Hidup adalah warna warni
Jika datang cinta selalu
Menuntut pengorbanan
Sejak manusia pertama


Aku adalah pencinta biasa
Yang dengan hati mencintaimu
Mencinta dengan caraku
Cinta yang mengharapkan setia



Cinta tanpa kata-kata
Cinta seperti embun dan pagi
Cinta seperti bulan dan bintang
Cinta seperti api dan bara


Kamu telah ku pilih untuk cintaku
Bukan cinta untuk melampiaskan nafsu semata-mata
Bukan cinta untuk saling berdusta
Tapi cinta untuk meraih bahagia


Ku nikmati semua waktu yang ada
Walau hanya dalam dunia maya kita bersua
Walau hanya dalam nada mendengar suara
Nurani ku menyimpan harapan menjadi nyata
Serta berharap dapat menikahimu untuk selamanya




Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.


Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

 


Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .


Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah…

Thursday, November 4, 2010

cINtakU haNya UntUKmU...

Disaat waktu berhenti
        mengikuti setiap langkahku
  kau adalah satu-satunya
      yang ku harap hadir dalam hidupku
 

        Kuharap kau mengerti pengertian tingkahku.
       Dapatkah kau merasai kehangatan itu,
  Cahaya cinta cetusan kalbu,
    Walau tak terucap kata-kata rindu


 


   Bukan ku tak mengerti,
Bukan juga tidak mempercayai,
  Cuma hati yang nakal meragui,
Adakah cintamu ikhlas dari hati?


    Berbekalkan kunci sebentuk hati,
    Gerbang cinta telah kita lewati,
  Berbagai halangan telah kita tempuhi,
    Usah diragui cintaku nan sejati.


  Cinta yang tulus dalam dihatiku
 membuang semua hasrat dan mimpiku
   untuk bisa menyatakan sayang
  untuk bisa mengungkapkan semua padamu
   bahawa aku cinta kamu


  Tabahkan hati duhai sayangku,
    Dalam rasa kita sejiwa,
  Ingatlah Tuhan yang mengurniakan,
    Kita berdua dengan cinta.


Sungguh indah kurniaanNya,
   Dari zaman Adam dan Hawa,
   Dengan izinNya kita bersama,
   Berdua membina mahligai cinta.

   Cinta kita haruslah waras,
   Tidak melampaui cinta Ilahi,
   Ku akui dirimu bukan teratas,
   Hanya kau insan yang ku cintai.




Monday, November 1, 2010

kehidupan

bismillah..........


Hidup ini....
yang mana lebih bagus antara kita menjadi baik
atau
kebaikkan kita disalah ertikan oleh orang lain sehingga orang boleh 'pijak' kepala kita
(suka2 die nak wat ape, mentang2 aku tak pernah tegur kan)

Hidup ini...
lebih baik berdiam
atau
hati ini akan sentiase sakit ape yang die dilakukan
( mana tak nyer, die tak pernah fikir pon hal org lain)

Hidup ini....
terlampau fikirkan org lain sehingga diri sendiri tersungkur????
 
 
aku dah cuba untuk berubah..apa salahnya bagi peluang untuk aku berubah..
 
Saat mata kubuka perlahan
Syukur aku masih diberi hidup
Ruang untuk bernafas
Di muka bumi-Mu Ya Allah

Lantas kutitipkan wudhu’
Melangkah sujud pada-Nya
Hanya kepada Engkaulah kami sembah
Dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan

Kuhadapkan wajah menuju kiblatku
Tangan kutadah menyeru namaMu
Ya Allah Ya 1Ghaffar
Ampunkanlah daku
Sesungguhnya hamba-Mu ini tidak pernah terlepas dari melakukan dosa
Sering lalai dan leka
Dengan muslihat duniawi yang tidak ke mana

Terasa air jernih menitis hiba
Mengenangkan kerdilnya diriku di sisi-Nya
Sesungguhnya
Dia yang Maha 2Rauf
Tiada walau sedetik melupai aku
Dia yang Maha 3Tawwab
Menerima taubat
Sekalian hamba-Nya
Sebelum Israfil meniup sangkakala

Hati ini… jiwa ini…
Masih lagi merintih
Lagaknya seperti bayi jerih bertatih
Resah nuraniku penuh persoalan
Yang aku sendiri tiada jawapan

Ya 4Dzul-Jalali
Apa aku bisa menjadi hamba-Mu
Yang lisannya setiap saat basah dengan zikrullah?
Apa aku bisa menjadi umat pesuruh-Mu
Yang senantiasa hidup dengan sunnah Muhammad Rasulullah?
Dan apakah aku bisa menjadi seorang Mukmin
Yang beramal dengan kitab-Mu seluruh hidupku?

Ya Allah
Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya aku tidak layak untuk syurga-Mu
Namun tidak pula sanggup ke neraka-Mu
Ampunkan dosaku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Ya Allah Ya Rabbi
Pancarkanlah nur-Mu ke dalam hidupku
Biarkan 5halawatul iman itu meresapi kalbu
Kirimkanlah taufik dan hidayah-Mu untukku
Agar aku bisa berdiri teguh disirat-Mu

Sesungguhnya ibadatku, hidupku dan matiku
Hanya untuk-Mu Ya Allah
Di sini…
Di kiblat ini…
Aku cuba untuk berubah…


Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan. Biarpun jalan itu penuh berduri, kita tetap melaluinya. Jikalau jatuh tersungkur, pandangla kebelakang, lihatlah betapa jauhnya perjalanan itu. Bangkitla... teruskan perjalanan mu kehadapan. Biar di belakang itu mejadi kisah silam dan pedoman untuk mu.. Mengharungi sebuah kehidupan yang penuh liku-liku. Bagi mencari keredhaan MU Ya Ilahi..
 
Ya Allah....
Jika ini perjalanan hidupku..
Aku memohon keredhaan Mu dalam segala apa yang ak lakukan..
Aku sedar, hamba Mu ini terlampau banyak dosa yang telah aku lakukan..
Ya Allah....
Ku bersyukur keatas dugaan yang Kau berikan kepada ku...
Dengan itu, hati ini lebih dekat dengan Mu...
Ak memohon kepada MU...
Kuatkan hati ini dalam menempuh dugaan Mu yang akan datang..
Lindungi daku dalam segala hal..
Hanya kepada Mu ak memohon..
Hanya kepada MU ak berserah...
Hanya kepada Mu juga ak meminta..
Amin ..Ya Rabbul Alamin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...