Personaliti kita adalah apa yang kita fikirkan, perlakuan kita adalah imej diri kita ''
aku terpanggil untuk menulis tentang suatu peristiwa yang agak 'menghairankan' apabila ada individu yang 'syok' sendiri menghentam aku di facebook mereka sedangkan aku sendiri tidak tahu hujung pangkal 'drama' mereka. kalau dah 'syok' sendiri tidak apa tapi yang lebih ajaib ada pula KONONNYA aku yang ambik tau kisah mereka.. Buat apa aku nak kisah hal dia ? Dia ingat dia siapa ? Dia patut lihat dirinya sebelum dia menyatakan aku cemburu dengan kehidupan dia.. Excuse me ?
Bukan aku riak atau sombong tapi kadang-kadang bila kita tidak cakap, orang tidak akan nampak kesilapan mereka dan apa yang aku ingin utarakan di sini adalah 'kenyataan' dari mata kasar aku yang PATUT mereka terima (ini semua Anugerah Illahi).
Pertama, Alhamdulillah.. Allah SWT mencipta aku dengan cukup sempurna dan sering diberi 'kredit' daripada pemerhati diluar sana. Selain tu, aku bersyukur dipertemukan dengan sahabat yang sangat baik menjaga dan menerima aku seadanya sebagai seorang sahabat mereka, yang ikhlas mendekati aku. Lalu mengapa pula aku harus cemburu pada dia sedangkan aku ada semuanya?
Ke-2, mungkin dimata segelintir masyarakat melihat aku jenis yang bermuka2 (walhal, mereka tidak tahu kejadian yang sebenarnya menimpa aku dan mungkin itu saja yang dijadikan MODAL untuk mengutuk aku) tapi MASA INI, sekurang-sekurangnya (Alhamdulillah) aku berusaha untuk mengubah kehidupan aku dari hari ke hari dan kita kena ingat bahawa hanya Allah SWT sahaja yang MAHA MENGETAHUI di mana tempat kita disisi-Nya sekarang. Bukan kamu !!
Ke-3, bila aku telah CUBA berubah mengapa ada pula insan seperti 'dia' yang sewenang-wenangnya menyatakan bahawa aku 'berpura-pura' Astagfirulaala'zim !! Dari masa lepas, cukup aku terima azab daripada segelintir masyarakat yang memandang diri mereka lebih suci dari segala-galanya. Tapi bila kita berubah, segelintir manusia2 ini tidak mahu menadah tangan menyambut kita dengan fikiran yang LEBIH positif... aku bukannya mengharapkan belas ehsan daripada sesiapa tapi sekurang-kurangnya berhentilah 'menghukum' sehingga menimbulkan kekeliruan 'apa yg sebaiknya kita lakukan di dunia ni ?'.. Tapi aku percaya dan menguatkan lagi semangat aku bahawa 'Sedangkan Allah SWT yang mencipta hamba-Nya dimuka bumi ini pun sering dipersoal dan dipersalahkan. Inikan pula insan sesama insan yang sering menganggap diri mereka lebih istimewa dari insan lain
'Ke-4, aku tidak mahu jadi insan 'Bagaikan berludah mendongak ke langit lalu terkena muka sendiri' kerana kita adalah insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan, bila kita mengata orang akan tiba pula masa kita dijadikan bahan bualan masyarakat . aku berpesan sesama kita, Janganlah jadi insan yang 'akibat nyamuk seekor habis kelambu dibakar'. Mungkin hari ini, kita bermusuh tapi mungkin disuatu hari kita saling memerlukan antara satu dengan yang lain untuk menjayakan dakwah agama kita. Kalau memandang diri tu benar-benar matang, mengapa perlu membuang waktu dengan saling bercakaran? bukankah ada banyak perkara yang boleh dilakukan bagi membina sivik dalam diri kita sendiri ?
Ke-5, siapa diantara kami yang menjadi 'penyibuk' bila dia menggunakan (mengikuti) 'FACEBOOK' aku sebagai alasan bahawa aku ni berlagak 'baik'? menggunakan nama Allah SWT sebagai 'batu loncatan' iaitu menyelitkan ayat-ayat Quran dan Hadith. Mengapa aku mesti melakukan itu ? Mengapa aku harus perdagangkan agama dan TUHAN aku sendiri? kalau apa yang aku lakukan ini sebagai satu kesilapan, pada siapa yang harus aku jadikan teladan dan peringatan sedangkan yang meletakkan hukum itu adalah Allah SWT ? Mari kita fikir sejenak...Orang yang baik tidak akan memikirkan perkara yang buruk pasal orang lain kerana yang 'baik' itu akan lahir dengan fikiran yang positif, manakala orang yang 'jahat' akan sentiasa memikirkan perkara yang buruk kerana sentiasa berfikiran negatif.. Jadi di manakah tempat aku dan 'dia' sebenarnya?Hidup ini ibarat lukisan, kita sendiri yang melakar coraknya manakala yang mentafsir itu adalah dari 'mata-mata' yang ada diluar sana. Baik matanya maka baiklah pujinya, rosak mata-nya maka rosaklah 'pandangan'nya.. Semua tertakluk kepada nawaitu hati budi 'mata'nya. Ingat ! Apa yang kita cakap adalah gambaran tentang sikap kita sendiri...Mungkin dia bertuah sebab bukan semua masyarakat ingin mengetahui perihal hidupnya dan BERBEZA dengan dunia aku yang mungkin lebih dikenali ramai dan sebab itulah segelintir manusia yang lebih banyak menilai aku dari AIB yang diperkatakan orang.. Sehingga 'dia' boleh mentafsir darjat aku terbakar di NERAKA. Mungkin kita lupa bahawa NERAKA DAN SYURGA ADALAH RAHSIA ALLAH SWT..YA, BAIK ITU DATANG DARI ALLAH SWT DAN YANG BURUK ITU DATANG DARI KEKURANGAN KITA....
ini sekadar luahan hatiku...
No comments:
Post a Comment