Friday, October 22, 2010

pergorbanan mu...

Kami ibarat,
Sepasang tangan antara kiri dan kanan...
Hubungan yang erat seperti nyawa dan badan..
Hidup pada satu hati dan satu impian..
Kerana kasih kakak dan adik akan kekal sepanjang zaman..
3 tahun 5 bulan beza usia kami..
Namun jalan cerita hidup yang hampir sama..
Kerana kami membesar bersama..

Jika,
Satu tangan jatuh, maka satu tangan akan memimpin..
Satu air mata jatuh, maka satu akan menjadi penawar..
Satu lemah, maka satu akan menjadi kekuatan..
Satu kekurangan, maka satu akan menjadi kelengkapan..
Mutlaknya ! kami tetap bersama..
Kerana duka antara kami adalah duka bersama..
Kerana tawa antara kami adalah tawa bersama..


salwanis
Telah memperlihatkan aku pada keadaan..
Bagaimana bijak seorang anak membahagi masa.
Bagaimana besar pengorbanan seorang pelajar bergelar isteri..
Bagaimana kuat semangat seorang kakak memberi harapan kepada adik-adiknya..
Dan yang amat membanggakan aku..



Anak, pelajar, isteri dan kakak itu adalah salwanis.. kakak kesayangan aku..
Terima kasih kepada salwanis,
Kerana membuka ruang semangat dan kebanggaan kepada keluarga......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...