Buat kakakku yg amat aku sayangi SITI SUZIANA AB RAHMAN "Setiap kata yang diungkap mungkin tidak seindah pengertian yang hendakku layangkan.. kerana kita sedia maklum bahawa impian dan angan-angan itu indah dari dunia yang nyata..dan betapa hidup ini terlalu banyak persoalan yang tergantung tanpa sebarang jawapan..Cuma yang pasti kita cuba menghindarkan diri dari sebarang kemusnahan"
Just 4 u JUNI DAMIA,
Tatkala menatap wajahmu terasa benar sinar cinta dan sayang ini..Seperti hadirnya cahaya yang lebih besar nilainya dari sang suria..Kehadiranmu menjadi suatu cerita yang indah dalam sejarah kehidupanku..Seakan aku tidak mahu melihat tubuhmu membesar dewasa... dan takkan mampu melepaskan dikau diruangan kehidupan ini..takut akan dikau berhadapan dengan derita.. dan jika itu terjadi, aku merelakan kebahagiaan aku menjadi pengganti pada tangis sedih kecewamu..
JUNI DAMIA,Jika dikau dapat fahami... Maka ketahuilah bahawa aku mengharapkan masa depanmu seperti kerlipan bintang yang menyinari ruangan kelamnya malam, menjadi titik kesayangan pada Penyair malam...Ketahuilah juga bahawa aku mengimpikan suaramu seperti laungan azan menyeru kebenaran pada simpang-simpang kepincangan kehidupan..Selain itu, ketahuilah bahawa aku mengangankan jasadmu seperti jula-juli yang memberi inspirasi pada ruangan kepercayaan kejayaan seseorang...dan ketahuilah bahawa aku meletakkn tempatmu seperti sebentuk permata yang diidamkan disetiap sudut hati insan untuk dimiliki namun nilainya terlalu tinggi dari semua batasan dunia...
JUNI DAMIA,Kerisauanku pada setiap inci tubuhmu, perasaanmu dan tingkah lakumu.. Tidak sesekali aku merelakan 'calar' pada dirimu wahai sayangku..Mungkin 'impian' aku ini terlalu mahal untuk dimiliki diruangan kehidupan biasa...Namun aku ingin kau tahu bahawa betapa hebatnya kehadiranmu padaku..Menjadi persoalan sebelum kehadiranmu, dan pabila dikau wujud di sanubariku.. dikau menjadi 'impian dan angan'ku..Kini, dikau segalanya seperti 'permintaanku' terhadap-Nya...
JUNI DAMIA,aku ingin kau tahu bahawa aku 'terpaksa' berkongsikan dirimu pada dunia..Kerana dikau bukan milik aku tetapi milik Nya...Segala perjalanan langkah kakimu selepas ini adalah segalanya dalam tangan Allah swt..aku hanya mampu mendoakan jasad dan kerohanian yang terbaik buat hidupmu..Ingatlah pesan aku,Sebagaimana apa yang aku ingin dikau fahami dan ketahui tentang impian aku terhadapmu..Dan sesungguhnya, dikau adalah seperti nyawaku..
No comments:
Post a Comment