Saturday, October 30, 2010

siapa yang benar????

bismillah........

Aku mulakan penulisan ini dari pengalaman ku sendiri tentang kisah antara yang benar atau yang salah..kadang-kadang aku terfikir..apa motif utama mereka di luar sana yang selalu mengaibkan orang lain dan ceritakan keburukkan orang lain..Bagi aku, hidup ini ringkas dan ringan jika kita tahu bersyukur dari segala apa yang telah diberikan untuk kita...kita akan sentiasa senang dengan kehidupan kita.. Tidak kah kita terfikir bahawa 'Allah SWT memberikan kita apa yang kita LAYAK dapat'.. Bukankah Dia maha mengetahui kerana Dia yang menjadikan kita ? Jika masih susah untuk kita faham, cuba kita imbas kembali dan nilaikanlah diri kita sendiri dari segala perbuatan yang pernah kita lakukan. Adakah perkataan BERBALOI hanya akan dipakai apabila berhadapan dengan 'hadiah-hadiah' yang istimewa ? Mengapa BERBALOI itu tidak diletakkan pada 'balasan' yang menimpa kita ?.

kadang-kadang aku pernah buat orang terasa dengan kata-kataku...cerita tentang apa yang aku rasa benda yang mereka lakukan tidak sesuai dengan naluri dan perasaanku...COME ON, kita bukannya manusia yang perfect..macam korang..korang mesti pernah mengata orang lain????tapi apa salahnye untuk kita meminta maaf dari orang yang pernah kita hina, mengata dan menuduh mereka...aku suka sangat dengan kata-kata ini.. "lebih baik kita percaya pada hati kita dari fikiran kita" mesti korang tertanya-tanya kan kenapa aku suka dengan kata-kata ini...sebab apa yang kita fikir tak seperti yang kita fikir..boleh korang mengerti???kadang-kadang kita banyak menggunakan kata hati dari kata fikiran kita..kerana kata hati adalah sangat tepat untuk membuat keputusan...




aku tulis tentang tajuk ini bukannya apa..bagi aku kita tak patut buat keputusan tentang sikap, tingkah laku, perasaan orang lain tanpa tahu kebenaran sebenar..dari kita duduk mengata keburukkan orang lain baik kita munasabah diri kita sendiri..layakkah kita untuk mengata orang lain????menghina orang lain???membenci orang lain???Jangan jadi kelawar bukan tak Nampak kerana gelap, tapi tak Nampak kerana terlalu terang. Dosa itu suatu yang meresahkan hati, timbul penyesalan dan ada keinginan untuk bertaubat. Tiadalah setiap perkataan yang kita keluarkan melainkan dicatat oleh malaikat, kita akan bertanggungjawab atas apa yang kita perkatakan.

Jika kita merasakan kita adalah SEMPURNA dalam semua sudut, maknanya kita akan menghampiri satu lembaran kehidupan yang dikenali sebagai KESUNYIAN. Kerana insan-insan yang sempurna tidak mempunyai ’warna’ dalam kehidupan mereka. Bukankah masalah datang sebagai ’Warna’ kehidupan ? Cuba bayangkan hidup kita sebagaimana yang kita impikan, mungkin kita akan mencari erti AIR MATA dan SENGSARA. Fikirlah! Kita yang memilih jalan hidup kita maka kita WAJIB bertanggungjawab ke atas itu.. Jika kita tidak pernah puas dengan kehidupan kita maka inilah yang dinamakan "nafsu lebih tinggi dari kemampuan" kerana tidak pernah ingin bersyukur dengan pemberian Allah SWT.

disini aku ingin memohon maaf jika aku pernah buat korang semua terasa denganku...
Mampukah memaaf,melupa dan menyayangi Orang yang pernah melukai kita?
.itulah khebatan Allah.
Siapalah kita yg hina sanggup mengatakan tiada maaf bagimu


Ingatlah ! Esok masih ada.. Sejauh mana pun kita lari tetapi masa tetap mengejar kita dan 'masalah' pasti melanda selagi kita bergelar MANUSIA..

Kalau nak baiki dunia,Kena baiki manusia.
Kalau nak baiki manusia,Kena baiki hatinya.
Kalau nak baiki hati,Kena baiki solatnya.

lebih baik diam dari kita mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kita kata


wslmm....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...